Friday, December 14, 2018

penafian


P E N A F I A N

Polisi Penafian Dan Kerahsiaan (laman sementara)
Pemilik blog ini ALC KANGAR (http://alckangar.blogspot.com/) tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, alcpermata juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan alcpermata menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Waranti Dan Penggunaan Maklumat
Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari blog ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari blog ini adalah atas tanggungan anda. Pihak alcpermata sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:

        Komen yang disifatkan sebagai spam
        Komen tidak senonoh
        Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
        Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
        Komen yang berbaur perkauman
        Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
        Komen yang tidak difahami

Hak Cipta Artikel, Maklumat, Bahan Di Blog ALC KANGAR
Semua hasil penulisan di blog alcpermata ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik blog ALC KANGAR sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari alcpermata dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak ALC KANGAR sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi alcpermata dengan menggunakan halaman http://alckangar.blogspot.com/

Polisi penafian dan kerahsiaan ini ditulis dan sah pada 31 Mei 2018, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

Saturday, March 17, 2018

Jom berkenalan


Terima Kasih kerana menghubungi Al Baghdadi Learning Centre Kangar

Tuan/Puan

 *_Jom kita berkenalan dengan Teknik Pengajian Al Quran Al Baghdadi_ *

 *Apa Itu Teknik Al-Baghdadi*

Teknik Al-Baghdadi adalah satu sistem pembelajaran yang membantu setiap lapisan masyarakat mempelajari asas pembacaan Al-Quran dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.

Teknik Al-Baghadi telah merangkumkan kaedah pembelajaran yang inovatif dan sistematik. Ianya dipermudahkan dengan penggunaan set pembelajaran berikut:-

 *Buku Tamhid Al-Baghdadi* :  Buku ini mengaplikasikan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS. Buku ini walaupun nipis dan ringkas, tetapi ianya padat dengan pembelajaran kreatif yang memudahkan pelajar untuk menguasai ilmu pembacaan Al-Quran dengan cepat.

*Alat Ketuk Al-Baghdadi* : Adalah alat bantuan mengajar yang telah mendapat anugerah Finalis Inovasi Negara 2013. Penggunaan Alat ketuk ini akan mengaktifkan fungsi otak kiri dan kanan agar pelajar sentiasa teruja untuk berfikir dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Penggunaan buku Tamhid Al-Baghdadi akan sentiasa diiringi dengan penggunaan alat ketuk ini sehingga ke suatu peringkat yang telah ditetapkan. Selain daripada kaedah pembelajaran serta set pembelajaran di atas, sistem pendidikan yang diterapkan dapat diaplikasikan untuk semua peringkat umur samada kanak-kanak atau dewasa.

*Kelebihan Teknik Al-Baghdadi*

Berbanding dengan teknik-teknik lain yang sediada, Teknik Al-Baghdadi adalah sangat berkesan dalam membantu pelajar-pelajar menguasai pembacaan Al-Quran dengan cepat tanpa rasa bosan. Antara kelebihan yang terdapat pada Teknik Al-Baghdadi ini ialah:-

✅ Proses pembelajaran yang sangat mudah dan *'Ustaz TIDAK akan bertanya soalan pun'.*

✅ Pelajar *TIDAK perlu mengaku jika buat sebarang kesilapan*. Tetapi kesilapan itu akan diperbetulkan sepanjang proses pembelajaran dengan cepat.

✅ Pelajar TIDAK perlu menunggu giliran untuk bertemu ustaz. Dengan erti kata lain, tidak mengira berapa jumlah pelajar dalam sesuatu sesi semua pelajar perlu mengambil bahagian sepanjang pembelajaran. Ini adalah kerana Teknik Al-Baghdadi telah menerapkan penggunaan masa yang optimum..

✅TIADA had umur kerana semua peringkat umur boleh mempelajarinya.

 _Jom jangan berlengah lagi. Belajarlah Al Quran untuk jaminan di akhirat kelak_ . *JANGAN RISAU*. Keberkesanan teknik ini telah terbukti dari banyak testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh Pusat Al-Baghdadi seluruh Malaysia. Teknik ini telah mendapat pengiktirafan *MALAYSIA BOOK OF RECORD*

*MOHON BERIKAN*
Nama :
No Telefon :
Email : Jika ada

Untuk keterangan lanjut

📱*Ustazah Shakila 0174908114*
Facebook : Al Baghdadi Kangar
Instagram : Al Baghdadi Kangar
📧Email : alckangar@gmail.com
🌐Blog : http://alckangar.blogspot.com
#albaghdadikangar

We are starting now !!!

Kepakaran kami ialah menawarkan pengajian dalam memahami al-quran serta memberi gambaran makna al-quran secara menyeluruh kepada pembaca dengan menggunakan teknik pengajian al-quran al-baghdadi.

Jangan lupa penduduk kawasan Kangar dan sekitarnya teruskan mendalami ilmu al-quran ini kerana al-quran itu sangat luas

penafian

P E N A F I A N Polisi Penafian Dan Kerahsiaan (laman sementara) Pemilik blog ini ALC KANGAR (http://alckangar.blogspot.com/) tidak b...