Terima Kasih kerana menghubungi Al Baghdadi Learning Centre Kangar
Tuan/Puan
*_Jom kita berkenalan dengan Teknik Pengajian Al Quran Al Baghdadi_ *
*Apa Itu Teknik Al-Baghdadi*
Teknik Al-Baghdadi adalah satu sistem pembelajaran yang membantu setiap lapisan masyarakat mempelajari asas pembacaan Al-Quran dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.
Teknik Al-Baghadi telah merangkumkan kaedah pembelajaran yang inovatif dan sistematik. Ianya dipermudahkan dengan penggunaan set pembelajaran berikut:-
*Buku Tamhid Al-Baghdadi* : Buku ini mengaplikasikan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS. Buku ini walaupun nipis dan ringkas, tetapi ianya padat dengan pembelajaran kreatif yang memudahkan pelajar untuk menguasai ilmu pembacaan Al-Quran dengan cepat.
*Alat Ketuk Al-Baghdadi* : Adalah alat bantuan mengajar yang telah mendapat anugerah Finalis Inovasi Negara 2013. Penggunaan Alat ketuk ini akan mengaktifkan fungsi otak kiri dan kanan agar pelajar sentiasa teruja untuk berfikir dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Penggunaan buku Tamhid Al-Baghdadi akan sentiasa diiringi dengan penggunaan alat ketuk ini sehingga ke suatu peringkat yang telah ditetapkan. Selain daripada kaedah pembelajaran serta set pembelajaran di atas, sistem pendidikan yang diterapkan dapat diaplikasikan untuk semua peringkat umur samada kanak-kanak atau dewasa.
*Kelebihan Teknik Al-Baghdadi*
Berbanding dengan teknik-teknik lain yang sediada, Teknik Al-Baghdadi adalah sangat berkesan dalam membantu pelajar-pelajar menguasai pembacaan Al-Quran dengan cepat tanpa rasa bosan. Antara kelebihan yang terdapat pada Teknik Al-Baghdadi ini ialah:-
✅ Proses pembelajaran yang sangat mudah dan *'Ustaz TIDAK akan bertanya soalan pun'.*
✅ Pelajar *TIDAK perlu mengaku jika buat sebarang kesilapan*. Tetapi kesilapan itu akan diperbetulkan sepanjang proses pembelajaran dengan cepat.
✅ Pelajar TIDAK perlu menunggu giliran untuk bertemu ustaz. Dengan erti kata lain, tidak mengira berapa jumlah pelajar dalam sesuatu sesi semua pelajar perlu mengambil bahagian sepanjang pembelajaran. Ini adalah kerana Teknik Al-Baghdadi telah menerapkan penggunaan masa yang optimum..
✅TIADA had umur kerana semua peringkat umur boleh mempelajarinya.
_Jom jangan berlengah lagi. Belajarlah Al Quran untuk jaminan di akhirat kelak_ . *JANGAN RISAU*. Keberkesanan teknik ini telah terbukti dari banyak testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh Pusat Al-Baghdadi seluruh Malaysia. Teknik ini telah mendapat pengiktirafan *MALAYSIA BOOK OF RECORD*
*MOHON BERIKAN*
Nama :
No Telefon :
Email : Jika ada
Untuk keterangan lanjut
📱*Ustazah Shakila 0174908114*
Facebook : Al Baghdadi Kangar
Instagram : Al Baghdadi Kangar
📧Email : alckangar@gmail.com
🌐Blog : http://alckangar.blogspot.com
#albaghdadikangar
